Rabbi redhaMu kudambakan....

Friday, September 02, 2005

Tahukah Anda......

1- Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
Fakta benar - Tokoh saintis Islam Ar-Razi telah menghafal Quran sejakberusia 9 tahun lagi sebelum menceburi bidang sains.


2 - Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
Fakta benar - Bendera Khalifah Islamiyah (kain putih dgn kalimah syahadah) berusia 1430 tahun lebih....Oh, tolak 100 tahun selepas kejatuhan Khalifah Turki Uthmaniyah (1924).


3 - Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.
Fakta benar - Anggota yg paling byk digunakan secara fizikal (cth tangan kanan), jisim otot anggota itu lebih kuat, berat dan besar dari anggota yg lain (tangan kiri).


4 - Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya, magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
Fakta benar - Planet bumi sendiri adalah magnet kerana mempunyai teras bumidari besi. Selain dari itu, medan magnetnya (Van Allen belt) melindungibumi dari sinar solar (solar flare) dr matahari yg dianggarkan menghasilkansinar radiasi dari berjuta2 bom atom hiroshima setiap saat yg bolehmembunuh semua kehidupan di bumi. Maha Suci Allah dari sebarang kekurangan!


5 - Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
Fakta benar - Ekornya boleh tumbuh kembali. Dikaji oleh saintis dgn harapan dpt mencari rahsia mengklonkan anggota2 atau organ2 manusia yg rosak akibat penyakit etc.


6 - Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
Fakta benar - Burung mempunyai deria yg sentitif terhadap medan magnet bumi yg bertindak seperti kompas.


7 - Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
Fakta benar - Banjaran Gunung spt di Banjaran Himalaya, Andes, Titiwangsa etc lapisan bawahnya bertindak seperti \"paku\" yg masuk jauh ke dalam kerak bumi dan menstabilkan hanyutan benua.


8 - Tahukah Anda pada zaman ini, orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
Fakta tersangat benar - Kisah2 org seperti ini telah diceritakan secaraterperinci dan tanpa tokok tambah (Kisah Rasullullah Sallahu\'alaihi wassalam dan sahabat2 utamanya Saidina Abu Bakar RA, Umar, Utsman, Ali etc...)


9 - Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tiada gunanya.
Fakta tersangat benar - Tahukah anda bahawa Al-Quran itu datang dari Allah, Tuhan seluruh Alam dan agama yg lain sesat. Tapi hanya sedikit manusia yg mahu benar2 beriman kepadanya?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home