Rabbi redhaMu kudambakan....

Tuesday, January 24, 2006

" Di antara 9 pembaziran yg sering dilakukan oleh manusia ialah membazir jika hati kosong daripada kasih kepada ALLah."
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah

Monday, January 23, 2006

Teman...
telah ku singgah di persisiran,
mencari mutiara persahabatan,
kau katakan padaku tika itu..
ukhuwah itu bertakhta di hati,
walau bersendirian pasti ia menemani.s
setiap yang manis mampu dikenangi.
walaupun tiada di mata kini,
ia hadir bila dirindui..
kerana asasnya ia kekal di hati.
tetapi aku masih dibalut keliru tidak mengerti.

-terima kasih sahabatku yang mengirim kan untaian kata2 ini...semoga ukhuwwah kita berkekalan, syukran..-

Thursday, January 12, 2006

"Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku,
berbicara menyalakan api
Tika kau di sampingku tuturmu kuanggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak ku endahkan.."

Bila dok sorang-sorang...kadang2 terkenang kisah 3 tahun yang lalu..
Di saat ana kehilangan seorang insan yang amat ana sayangi,tiada ganti...namun aku bersyukur..kerana abah sudah selamat..hanya doa acapkali ku kirim agar abah damai di sana..
Lirik lagu di atas adalah lagu kegemaran ana....Sendiri-Saujana (album Rahsia). pada tahun 2002..lepas album tu release, tak lama lepas tu ana pun beli la satu, dapat poster Saujana free, mousepad Saujana satu..hehe..memang suka tidak terkira sebab memang minat kumpulan Saujana sejak mereka sekolah menengah lagi.( sekarang tak dah...kenapa?..rahsia...)
Balik bilik..terus pasang lagu tu berulang-ulang kali..PC mmg tak off sejak awl pg sampai esok pgnya...pi kuliah pun biar terpasang..rakan sebilik aktif berpersatuan..jadi ana memang sokmo kesepian la..hehe..
Lagu Sendiri berkisar tentang akhlak seorang anak terhadap ibunya..ketika hayat ibunya, dia tidak pernah endahkan ibunya,sering menyakitkan hati ibunya..ana memang tersentuh dengan liriknya...dan dok ulang-ulang tengok video klip nya..(tgk gak la muka Izwan tu..hehe..) mmg lagu Sendiri sahaja yang ana ulang...sampai tertido mlm tu pun dengar lagu tu..
Bangun pagi keesokkannya...bersiap nak pergi kuliah..tiba-tiba..
"Nana,tunggu Kaklong dan Bang Long p amik kat kolej...kita balik kg sekarang.."
Ana terpinga-pingan...alamak..terpaksa ponteng kuliah la..tapi kenapa Kaklong menangis..Susah hati ana, Allah jer yang tahu..terus bersiap dan tunggu depa mai amik..elok kaklong sampai, ana masuk dalam kereta...kakalong cakap..
" Nana, abah dah tiada...."
Air mata ni merembes keluar tak henti-henti...ana pulak agak manja dengan abah...sedih Allah jer yang tahu, tak tahu nak beritahu sesiapa.Terngiang-ngiang lagu sendiri...
"Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku"
Tiba-tiba hp berbunyi, KP Penerbitan PMI ustaz F sms mintak datang ke gerai pengenalan persatuan di gazebo...ana reply..beritahu yang ana takleh pergi..kerana on the way untuk balik kg..abah sudah tiada..
Maka tersebarlah berita tu..dikalangan rakan-rakan persatuan, rakan2 kolej dan fakulti..bertalu-talu panggilan yang ana terima, sms ni ntah terlalu banyak tak terkira..setiap kali panggilan masuk..ana sebak, sukar untuk berkata-kata...terima kasih kawan-kawan...
Adik-adik junior ku..Nordin, Basidh, Syukri..dan ramai lagi..call..siap ckp kami adik2 dari x-NP doakan akak bersabar,tenang dan tabah untuk menghadapi dugaan ini...terharu...
Sepanjang perjalanan terngiang-ngiang lagu Sendiri....abah..maafkan anakmu ini andainya selalu menyakiti hatimu, tidak menghiraukan kata2mu...
Andai dapat ku kembali,
mengubah yang terjadi
Pasti takkan ku ulangi, walau hanya sekali
Namun hanya do'a yang bisa, ku kirimkan
Namun semua sudah berlalu..kata-kata dalam lirik lagu Sendiri..membuat ana syahdu...membuat diri ini merenung jauh.... ;)
Semoga Allah merahmati roh abah....
Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerana kita kan, kerna kita kan akhirnya sendiri.
entahlah..teremosi pulak ..dalam blog ni la tempat untuk saya mencurahkan rasa hati....macam diari gak la..hehe...ok..got to go....

Thursday, January 05, 2006

Menyelak rindu padaMu..Dalam munajatku aku menghadapMu.
dalam diriMu, kucari sandaran terakhirku.
KepadaMulah airmataku tertumpah..
Engkau hidup dalam lubuk benakku...


Assalamu'alaikum...

" Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(al-Baqarah:286)
Artinya; tidak ada pembebanan di atas kesanggupan orang, beban yang diberi sesuai dengan kesanggupan dan kemampuan yang ada dalam dirinya..
"Wahai Rabb kami..janganlah Kamu Hukum kami jika kami lupa."
(al-Baqarah:286)
Sesekali kami salah perhitungan,sekali waktu kami lalai, adakalanya kami tersesat dan pernah juga kami tersesat, dan pernah juga fikiran kami kacau. Keana itu,ampunilah wahai Rabb kami...
"...atau kami tersalah."
(al-Baqarah:286)
Kami tidak maksum, dan tidak pula terhindar dari dosa, tapi kami selalu mendapatkan kemuliaan-Mu dan selalu berusaha mencari Rahmat-Mu...
Alhamdulillah..ada juga kesempatan yg Allah beri pada saya untuk meng'update' kan blog ni...sedih kerana lama meninggalkan blog ini...tidak berkesempatan untuk mengemaskini...bila ada kesempatan..server pula tidak mengizinkan.. ;))
Umur dah tua setahun, tahun pun dan beranjak ke 2006...Ya Allah...begitu cepat masa berlalu..rakan-rakan seperjuangan pun ramai yang dah berkahwin sampaikan tidak tahu nak pergi jemputan yang mana. Alhamdulillah, semoga diredhai Allah dan kekal bahagia ke akhir hayat..pada yang belum termasuk diri ini (hehe..) teruskan hari-harimu dengan mengingati Allah..niatkan segala perbuatan kita kerana Allah...semoga tidak terbabas ketika menempuhi perjalanan yang entahkan bila berakhir penghujungnya...
"Hidup perlukan perjuangan, tanpa perjuangan tiada pengorbanan, tanpa pengorbanan, tanpa pengorbanan tiada kecintaan, tanpa kecintaan musnah segala kehidupan.."
kepada sahabat-sahabat serta insan-insan yang kusayangi...
Jika ada sebarang kesalahan sudikanlah menegur diri ini..nasihat dan membimbing diri saya ke arah kebenaran..
Meskipun hati ini disakiti,diperlakukan macam-macam namun tidak ada sekelumit pun perasaan benci ,marah kepada kalian semua... :)
Andai diri ini pergi dahulu mengadap Ilahi...maafkanlah diri ini dan redhailah selama mana perhubungan ini terjalin...halalkan segalanya..
Doakanlah agar diri ini sentiasa cemerlang di dunia dan di akhirat..serta tidak terkeluar dari batas syariat..
Terima kasih kerana sudi memberi ruang diri saya untuk berada dalam hati kalian..hanya Allah yang tahu betapa syukurnya diri ini..
Syukran...


PENCARIANKU

Puas sudah,
Kucari kebahagian,
Di sisi teman-teman,
Kudapat hanya kelalaian,
Ku cari lagi,
Di hati seorang kekasih,
Kudapat hanya kekecewaan,
Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan?
Oh, di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari,
Apa yang kuperlukan
Aku masih tak bisa mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi..
Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.
Ku sedar,
Destinasi pencarianku di sini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari sinar cahaya iman
Khazinatul Asrar, TamanIslam.


(DIAMBIL DARI SEORANG SAHABT....)-izdan81