Rabbi redhaMu kudambakan....

Wednesday, September 14, 2005


Singgahlah Di Taman Syurga

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Thabrani, Rasulullah bersabda, "Apabila melewati taman surga, hendaklah engkau duduk di situ. Istirahatlah kamu di situ." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apa taman surga itu?" Nabi menjawab, "Majelis-majelis ilmu." Dalam hadits lain diceritakan, Rasulullah pernah masuk ke sebuah majelis. Di majelis itu, tampak ada dua kelompok; dimana yang pertama sedang berzikir, sementara yang kedua sedang mempelajari ilmu. Rasulullah bersabda, "Kelompok pertama adalah kelompok yang baik. Mudah-mudahan Allah mengampuni mereka. Sedangkan kelompok kedua yang sedang mempelajari ilmu, mudah-mudahan Allah membimbing mereka ke jalan yang lurus." Kemudian beliau memilih duduk bersama kelompok majelis ilmu.
Rasulullah saw pernah ditanya oleh salah seorang sahabatnya perihal siapakah teman duduk yang paling baik. Rasulullah menjawab, "Orang itu adalah yang bila kamu lihat, dapat mengingatkanmu kepada Allah, menambahkan ilmumu dalam pembicaraannya, dan mengingatkanmu kepada akhirat dari amal-amalnya." Orang-orang yang memiliki sifat seperti diatas-lah yang paling pantas untuk dijadikan teman duduk.
Majelis ilmu, yang didalamnya terdapat orang-orang berilmu dan para pencari ilmu, bukankah Allah memuliakan dan meninggikan derajat mereka karena keberimanan mereka dan ilmu yang mereka miliki? " ... Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan".
(QS. Al Mujaadilah:11).

Monday, September 12, 2005

sambungan..... (Cinta..hadirmu dibatasi cita)

“ No..no..what I mean is I want you to be my special person in my life.” Wajahnya kelihatan sedih. Aku ni memang ‘blur’ skit.
“ Tapi Shah, I think ..I can’t. Kita jadi kawan jer ok?” Aku memandang wajahnya.
“Ok..promise!We’ll be a good friend!” Shah tersenyum lega dan matanya bersinar harapan.

Pergh macho nyerrr. Bukan senang nak tengok mamat ni senyum. Aku membalas senyumannya. Dia menghulurkan sepucuk surat.

“ Take this..hope you will enjoy reading it. Have a nice holiday and don’t forget me!” Shah berlalu sambil matanya sempat mengenyit nakal kepadaku. Aku tersentak dan muka aku dah mula ‘blushing’.
“ Ok, thanks!”


Aku terus membuka surat Shah, di dalamnya tertulis kata-kata yang menyentuh perasaanku sebagai seorang perempuan. Shah memang serius nak mengambil aku sebagai kekasihnya, namun aku masih belum bersedia untuk semua itu.Patutlah sepanjang ‘camping’ dia selalu memerhatikan aku, di mana saja aku berada dia akan perhati dari jauh. Setiap hari aku menerima notes misteri dari seorang peminat misteri. Ada satu ketika tu, anak buah Shah didenda sebab kalah dalam satu game so Shah denda budak tu pergi jumpa aku dan ckp ‘I love you’. Aku yang ketika itu sedang asyik main dengan anak-anak buah aku , tersentak dan ‘blushing’. Partner aku si Hakim terus tersenyum sambil melambai-lambai ke arah Shah. Aku apa lagi, jelling-jeling dan pandang-pandanglah dengan si Shah. Yang aku sakit hati…dia buat muka selamber jer. Tension aku. Banyak lagi perkara yang berlaku semasa program itu..rupa-rupanya ianya tidak terhenti di situ aje.

“ Woi!”
“ Opocot mak hang!” Termelatah pulak aku dibuatnya. Azlina terus duduk di sebelah aku sambil tersenyum-senyum mcam kerang busuk.
“ Hang ni lain kali bagi salamlah dulu boleh tak? Tak beradab langsung!” Geram aku.
“Ala..rileks lah sahabatku. Amacam tadi? Apa hal si hero Hong Kong tu nak jumpa hang yang cun ni?” Aku diam ajer. Azlina memandang wajahku dengan penuh mengharap.
“Cepatlah Yana…don’t wasting my time!” Azlina merengek macam kucing kelaparan kat dewan makan minta makanan.
“Shah tak cakap apa-apapun, dia just nak aku jadi kawan dia je,” jawab aku ringkas.
“ Takkan itu jer kot…sure dia nak lebih. Bukan apa, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, tak pun alang menggenggam bara api biar sampai menjadi arang. Takpun alang-alang mandi biarlah sampai basah. Tak pun alang-alang nak cari laki biarlah yang hensem. Hang terima tak? Aku kenai sangat perangai hang tu. Mesti hang tolak kan..kan..Aku tau lah hang ramai peminat tapi janganlah jual mahal sangat. Nanti takde orang nak kat hang baru padan muka hang.” Azlina dah ‘start’ membebel.
“ Apa itu cinta? Ada apa dengan cinta..mengapa aki harus bercinta dan apa bezanya kasih dan cinta? Siapa yang patut aku cintai? Hang ingat senang ka nak bercinta ni. Aku kenai gitu-gitu je dengan si Shah tu.”

Surat kusisipkan semula ke dalam sampul. Not bad his handwriting, better than mine. Shah..Shah…’klik’ dia memang power English, so speaking berabuk la. Anak Pengurus Syarikat ‘L’ yang terkenal di sebuah pulau nun di utara. Menurut cerita pakwe Azlina merangkap kawan baik Shah..si Shah ni tak pernah ‘approach’ mana-mana perempuan. Ini kira first time la dalam hidup dia. Shah dating dari sekolah semua laki dan dia memang ‘jakun’ dengan perempuan meskipun dia ni kira gangster sekolah yang digeruni. Ala apa orang kata..ketua kongsi gelap la, macam mafia. Peliknya…dalam ramai-ramai budak perempuan nape aku yang terpilih. Argghhh..malas nak piker sangatlah. Baik aku pi lunch then pack barang untuk dibawa balik ke rumah. Yahooo….

“Azlina..sat..sat..tunggu aku!!” Terjerit terlolong aku memanggil Azlina.
“Tu la dok layan blues sangat. Cepatlah!” Azlina terus berlari-lari anak tanpa menghiraukan aku yang masih terawang-awang.


“Yana, call for you.” Mama memandang ke arah aku yang tengah sibuk membelek-belek majalah remaja.
“Sapa mama?”
“Lelaki….mama tak kenal la saying.” Mama terus ke dapur menyambung kerja-kerjanya yang tergendala.

Alamak sapa ni,kalau Nazri,Nordin atau Basidh mama mesti cam suara. Sapa pulak ni.

“Assalamu’alaikum..kenai tak?”
“Wa’alaikumussalam..tak. Maaf …sapa yang bercakap ni?” Sapa pulak ni, suara ‘romantic’ gila.

“I’m Shah.”
“What????!! Macamana awak dapat nombor telepon rumah saya?” Tersirap darah aku.

to be continue again..hehe...



CINTA....hadirmu dibatasi cita...

“ Yana! Yana! Mai sini kejap..”
“ Apa dia? Awat yang hang kecoh sangat ni? Buruk tau orang perempuan dok berlari-lari macam hang ni!’
“Shah nak jumpa hang..dia tunggu hang kat 4 ST 3. P jangan tak pi pulak!” Azlina terus berlalu sambil tersengih-sengih.

Ni yang aku cuak ni..apasal plak si Shah ni nak jumpa aku. Aku cuba ingatkan kembali kot-kot lah ada benda yang tak ‘settle’ lagi sebab kami baru je habis ‘camping’ di Gua K. Kami buat program untuk pelajar tingkatan satu dari sekolah kami dan SBP yang lain. Sambil asyik berfikir kakiku melangkah ke 4 ST 3. Tiba-tiba…

“ Assalamu’alaikum..,” Shah berdiri terpacak di hadapanku.
“ Wa’alaikumussalam..mak aih..terkejut saya!” Aku tersentak dan termelatah,malu aku.

Sambil membetulkan kain sampan ala-ala songketnya yang dipakainya, dia memandang tepat ke wajahku. Ermmm..hensem plak si Shah ni pakai baju melayu. Seperti sekolah SBP dan sesetengah sekolah yang lain pada hari Jumaat pelajar lelaki diwajibkan memakai baju melayu, bersampin dan bersongkok. Hatiku berdegup kencang, ishh naper pulak ni..berdebar-debar ni. Apa yang aku dok merepek dalam hati ni?????. Aku tarik nafas panjang-panjang dan…
“ Pasai apa panggil saya? Ada barang yang tak ‘settle’ lagi ka?” Aku terus menyosal.
“Ermm..actually nothing. But….,” terhenti di situ.
“ But what? Kalau pasal ‘apparatus’ yang kita pinjam dari ERT dah dipulangkan. Pasal sijil Yati dah bereskan. Setahu saya banyak dah settle..tapi kalau ada benda tak selesai lagi cakaplah. Saya tak boleh lama-lama ni!” Aku cuba kawal diri.
“ Wait Adrianna..please calm down. Let me talk first ok?’ Shah memandang tepat ke wajahku.

Aku dah gelabah. Bebudak laki lain semua keluar bagi ‘privacy’ pada kami. Hari ini hari terakhir persekolahan kerana esok sudah mula cuti penggal selama seminggu. Cikgu-cikgu tak masuk kelas, so bebudak ni buat hal sendiri lah jawabnya. Ada yang lepak kat kawasan sekolah dan ada yang balik ‘dorm’ tidoq. Budak-budak form 5 sibuk study manakala budak-budak form 4 asyik meraya..yer la orang cakap ‘honeymoon year’ la kononnnya…

“ I have something important to say..it is not about the camp itself but it is about you, about us..” suaranya mendatar namun begitu lembut dan sopan.
‘Us’..aku dah terkedu. About me..aku dah gelabah! Apa semua ni, apa yang Shah cuba nak sampaikan. Aku terus tunduk, tak berani nak memandang wajah Shah yang saling tak tumpah macam orang Cina, kalau orang tak Tanya nama sure orang akan ingat dia orang Cina.
“ It’s been a long time..what I want is..I need to know you closer,” Shah tunduk sambil menghela nafas yang panjang kerana apa yang hendak dikatakan sudah dizahirkan.
“ Ermm..it’s ok. Awak Cuma nak berkawan dengan saya saja kan? Takder masalah.” Pantas aku menjawab tanpa ragu-ragu.



to be continue....
-lady in green izdan81-


MY LOVE

Losing my father was distressing and makes my life weak. After coming back from burial, I went for a walk along the pedestrian in front of my house.
As I walking, my mind flashed back to the days when my father was fit and healthy. My father was a very caring, loving, understanding and humorous man. He was always there wherever we needed someone to talk to. I loved and respected my father very much. I the one who was much closed with him among our sibling. He told me not to be clumsy, think wisely and be calm. He taught me to be brave and independent, when I faced a failure he just smile and said, “Try to do it again, don’t ever turn back…you can do it!” For me, he was a model father.
My tears still stunning out from my eyes, I tried my best to conceal my feeling from my natives especially my mother. My youngest brother Rusydan, seemed more calm and relaxed than I was.
“ Why I should be so emotional, abah taught me to be strong and brave to face everything because Allah within us,” I tried to calm down.
“ Achik, what about your study? Do you have any problem with your expense? You have enough money?”
“Nope, I’m okay abah. No need to worry. I think my money enough and I can survive until the end of this semester..,” I replied.
“ If there’s any problem, don’t hesitate to call me. Study smart for your future undertaking.”
“ Ok abah..I will try my best!”

That was our last conversation two days before left us. Very unexpectable..before this only my mother always call us to ask our condition, my father just sit behind my mother and waiting for any problem to solve. Past two days, my mother said my father look weird, his behave different than usual. He slept late, because he wanted to call all of his children to make sure everything was fine. He too wanted to speak with us for the last time. When we heard this story from mum we felt so sad…what a nice father he was.
I kept walking until my cousin, Alia dragged my hand.
“ Achik why they buried abah, what happen to abah?”
Alia is a cute little girl with curly hair, she is intelligent and talkative. I was startled, trying so hard to find the best answer to answer her question.
How I want to start. There was a moment of silence.
Then I gently replied, “ Abah just left us, he is going to a faraway land which is more beautiful and wonderful.”
I saw her was thinking so hard, and then she began to ask more, “Well, why not he bring us along? How could he leave us like this?”
“Alia my dear, everyone has to go back to where he belongs, sooner or later. I will follow him and you too, but we don’t know when. No matter what happen, abah will always love you and others,” I tried to explain to her.
“ Then, why so soon he want to leave me?” tears started rolling down Alia’s cheek. Quickly I embraced her and stroked her hair gently. “ It is not good to say like that..God knows what to do. Do you remember abah always said to me, ‘Every Cloud has a silver lining’. That is meaning there is always a reason for everything that happened.Allah want to show us something…so we must be patient.”
“ Don’t cry Alia, there is your father calling for you. Be a good girl,” I smile to her. Alia shoke her head then ran to reach her father, my mother’s younger brother.
I stared at her until she disappeared into my house. Since Alia aged one month my parent take care of her till now, that’s why she called my parents mama and abah too like us. I was pleased; she was too small but already knows what love is.
I still walking then I sat on a huge rock facing padi field or ‘bendang’ just behind my house. I saw a light, it came from a far distance. Abah used to bring us jogging and walking around here and he said that light came from a lamp road, the only lamp road in that area. As a science teacher he told us about light, the first person who discovered electric power and bulb. What a nice moment, I missed it.
My tears started to burst out. I remembered abah saying, “Son, is this the way you deal with your problem? If so, I’m telling you this is wrong my dear. Life is not meant to be easy. You must be matured, strong and use your brain wisely. I don’t want my children weak. God always with us. One thing my dear, whatever happens remember there will always be somebody who loves you. I will always be here for you.”
“Ok..I must be stronger for my mum, my sisters and my brothers. That’s a promise.”
I started walking to my house. I glanced at my watch,7.30 pm. I need to pray.
When I arrived at my own house, my mum said my friends from my college came. We did some tahlil and about 12 pm they departed from my house to go back to KL. I was pleased for their presence, their visiting. My house busy with peoples who came to visit us. I left my house for a night walk, my aunt and other natives still here helping my family to serve them.
Once again Alia came to me, she looked at me then she asked me,
“ Does someone up there hate abah?”
“ No Alia, somebody up there loves him even more than us. That’s why somebody up there took him first,” I whispered to her softly.
She seemed to understand, and then she ran to my mother and told her that peoples up there love abah very much. Mummy just shakes her head with tears rolling down her cheeks.
Immediately, I ran out from my house…I couldn’t see mum crying it makes my heart torn. The atmosphere was cool with soft breeze blowing from the darkness. I went to place that I went before. My eyes were staring at the light and slowly moved towards it. The light was so bright, fascinated me. As I got closer, I realized there was someone leaned against the lamp road. Who? As I got closer, I saw the person was my youngest brother.
Slowly I approached him, I looked at him, “ Adik, why why are you here all alone? It is dangerous for a little boy as your aged to stand here in a dark and quiet place.”
He stared at me, and then hugged me tightly.
“Achik, Adik trying so hard to control m y feeling but Adik failed,” tears burst out from his lovely eyes.
“ I understand..all of us try to be calm and strong in front of mummy, but sometimes we must cry to release everything but not too much. Our Prophet remind us not too much crying because the death of the person we’re love. This is just a test of our life as a Muslim.”
He released me and holds my hand.
“ My dear Adik, everyone loves him, but Allah loves him more than us.We must realize abah just back to where he belongs to, that is a promise. I too, love abah but this is the time for him to leave us. We must accept it,” I said softly to his ears.
Adik swept his tears, I smiled to him.
My youngest brother studying in standard four and he very closed with abah. He just like my father loved to play football. Abah always said Adik had a talent to go far.
At the same time he is an excellence student at his school.
“Adik..do you see that light?” I point to the light coming from above us.
“ The light guide peoples like me to find way to return home and show a right path to follow. Try to imagine the light is guiding our life. The light moved in a straight and it had limited area to spreading its rays. Depends on how much electric power has been supplied to it. Before this abah who held the guiding light for you and us. You see how the light just vanishes into darkness when it goes far away from it sources. There will be no light to guide you anymore, this is the time for you to find a light of your own. All of us will loose our loved ones one day. Only we have lost ours sooner. Allah loves abah and abah loves us too. Abah would not want you to feel weak and sad all the time just because there is no light to guide you anymore.”

The silence took place.
Adik staring at me, he looked so pale like grass without sunlight. My dearest Adik, I could see sadness living in your eyes but I didn’t know how to make it disappeared. I was crying slowly in my heart. I must strong for our sake.
“ Now I understand. I must be more hardworking to be like all of you my beloved brothers and sisters. I want to make mummy happy and proud having children like us.” Adik said with full hearted.
“Well..this is my brother…,” I stroke his hair gently.
I began to realize the truth of my father’s word. We hugged and I could feel Adik stifled a sob.

It’s been 3 years since…16/7/2002…May Allah bless my beloved, dearest father and put him with whom with His blessing. Al-Fatihah……


Friday, September 09, 2005


Tentang Waktu
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


Masa dan waktu amat mencemburui kita...
Moga waktu yang akan datang lebih memberi kebahagiaan
Dan kita sentiasa dalam keredhaan Tuhan...AMIEN.


SAID QUTB :
Ujian dan dugaan akan dapat merangsang segala kekuatan dan daya tenaga yang tersimpan.Dugaan dapat membuka pintu-pintu dan lorong-lorong rahsia dalam hati yang tak dapat diketahui oleh seorang mukmin kecuali ia berada dalam suasana dugaan dan penderitaan yang menghilangkan selaput dari mata dan karat di hati...Moga Terus tabah menempuh segalanya...

SIRU A'LA BARKATILLAH

Thursday, September 08, 2005


VCD al-MATHURAT

MARILAH BERSAMA KITA TINGKATKAN LAGI AMALAN KITA...


Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia baru-baru ini telah berjaya mengeluarkan vcd panduan bacaan al Ma'thurat al Wazifah al Kubra sebagai doa pendinding oleh al Fadhil Us Haji Abdul Ghani Bin Samsudin. Vcd tersebut adalah sebagai panduan dan bimbangan ke arah mengamalkan bacaan doa dan wirid yang di warisi dari Rasulullah . Doa tersebut digalakkan pembacaan di sebelah pagi dan petang untuk melindungi diri dan keluarga dari gangguan syaitan, iblis dan anasir perosak yang berkeliaran di sekeliling kita. Vcd al Ma'thurat dijual dengan harga RM12.90 . Bagi tempahan dalam jumlah yang lebih dari 50 vcd ke atas dan dengan bayaran tunai maka pemesan akan diberikan potongan yang lumayan jika dipohon.
berminat sila hubungi melalui email saya di enigmatic81_26@yahoo.com

Tuesday, September 06, 2005



Sepi bagiku...

Sepi itu memang indah bagi yg pandai menghargainya...
Sepi itu mendamaikan ketika hati mengadap Al-Khaliq
Sepi itu sukar untuk dirungkaikan dengan kata-kata..
Sepi itu amat berhargai bg yg menghargainya..

Ketika kehadiran tidak disedari
Ketika impian tidak tergapai
Ketika jiwa ini pedih
Ketika diri ini diasingkan..
Sepi hadir...menyapaku...

Kenapa aku di sini..
Kenapa sepi yang dicari..
Kenapa sepi yang menjadi temanku
untuk ku berbicara tentang impianku
untukku berbicara tentang kegembiraanku
untukku meluahkan rasa hatiku..
Hadirnya sepi mendamaikan jiwaku..


Kedamaian itu tidakkan bertemu jika tidak dicari..
Kesepian itu sentiasa hadir..
namun Rabbul Izzati setia menjadi penemanku
di dalam dunia kesepian yg ku cipta..
Agar kesepian ini tidak menghanyutkan diriku

Ya Allah.
Kesepian itu amat berharga
Kesepian itu banyak mengajarku..
Kesepian itu banyak memberiku kekuatan..Kesepian itu banyak menyedarkanku..
Kesepian itu sentiasa hadir dalam diriku..
Dalam dunia sepiku..

hanya aku dan Engkau
Di situlah airmata ku tumpah...
Dan disitulah aku mengatur langkahku semula...
Untuk menggapai impian dan kejayaan yg tertangguh
Sesungguhnya..

Sepi itu indah bagi yang tahu menilai dan menghargainya...

http://izdan81.blogspot.com/


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Sunday, September 04, 2005


Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.” Jawab isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.” (Muslim)

Friday, September 02, 2005

Tahukah Anda......

1- Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
Fakta benar - Tokoh saintis Islam Ar-Razi telah menghafal Quran sejakberusia 9 tahun lagi sebelum menceburi bidang sains.


2 - Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
Fakta benar - Bendera Khalifah Islamiyah (kain putih dgn kalimah syahadah) berusia 1430 tahun lebih....Oh, tolak 100 tahun selepas kejatuhan Khalifah Turki Uthmaniyah (1924).


3 - Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.
Fakta benar - Anggota yg paling byk digunakan secara fizikal (cth tangan kanan), jisim otot anggota itu lebih kuat, berat dan besar dari anggota yg lain (tangan kiri).


4 - Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya, magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
Fakta benar - Planet bumi sendiri adalah magnet kerana mempunyai teras bumidari besi. Selain dari itu, medan magnetnya (Van Allen belt) melindungibumi dari sinar solar (solar flare) dr matahari yg dianggarkan menghasilkansinar radiasi dari berjuta2 bom atom hiroshima setiap saat yg bolehmembunuh semua kehidupan di bumi. Maha Suci Allah dari sebarang kekurangan!


5 - Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
Fakta benar - Ekornya boleh tumbuh kembali. Dikaji oleh saintis dgn harapan dpt mencari rahsia mengklonkan anggota2 atau organ2 manusia yg rosak akibat penyakit etc.


6 - Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
Fakta benar - Burung mempunyai deria yg sentitif terhadap medan magnet bumi yg bertindak seperti kompas.


7 - Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
Fakta benar - Banjaran Gunung spt di Banjaran Himalaya, Andes, Titiwangsa etc lapisan bawahnya bertindak seperti \"paku\" yg masuk jauh ke dalam kerak bumi dan menstabilkan hanyutan benua.


8 - Tahukah Anda pada zaman ini, orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
Fakta tersangat benar - Kisah2 org seperti ini telah diceritakan secaraterperinci dan tanpa tokok tambah (Kisah Rasullullah Sallahu\'alaihi wassalam dan sahabat2 utamanya Saidina Abu Bakar RA, Umar, Utsman, Ali etc...)


9 - Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tiada gunanya.
Fakta tersangat benar - Tahukah anda bahawa Al-Quran itu datang dari Allah, Tuhan seluruh Alam dan agama yg lain sesat. Tapi hanya sedikit manusia yg mahu benar2 beriman kepadanya?



Assalamu'alaikum....

Bersyukurlah dgn apa yg ada....

"Apa yang ada jarang disyukuri Apa yang tiada sering dirisaukan Nikmat yang dikecap barukan terasa

Bila hilang di dalam genggaman"



Al-Kisah...(santai)


Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencarikayu api. Pabilalalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dankapak buruknye terjatuhdalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh kedalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujuritu lalu memberikan ketigatiga kapak itu kepadanya.Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan disekitar tasik yang samabersama isterinya. Kali ni isterinye pulak yangjatuh kedalam tasik.Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasikkepada Pak Ali.
Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh kedalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersamaChristina Aguilera.
Pari Pari: Inikah isteri kau?Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulahisteriku..."
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka,kau yang jujur satumasadulu telah menjadi tamak".
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Akubukan tamak, kalau akukata'tidak' pada Christina Aguilera... kau akanbawakan pula BritneySpears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulahkau bawakan isteriku... bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertigapadaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggungmereka semua".
kahkahkahkahkahakahakahakah....


Sekadar renungan....entah betul entahkan tidak..tepuk dada tanyalah iman..

PERTANYAAN UTK CINTA

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalamsehingga menusuk?Yang demikian itulah namanya CINTA.