Rabbi redhaMu kudambakan....

Monday, September 12, 2005



CINTA....hadirmu dibatasi cita...

“ Yana! Yana! Mai sini kejap..”
“ Apa dia? Awat yang hang kecoh sangat ni? Buruk tau orang perempuan dok berlari-lari macam hang ni!’
“Shah nak jumpa hang..dia tunggu hang kat 4 ST 3. P jangan tak pi pulak!” Azlina terus berlalu sambil tersengih-sengih.

Ni yang aku cuak ni..apasal plak si Shah ni nak jumpa aku. Aku cuba ingatkan kembali kot-kot lah ada benda yang tak ‘settle’ lagi sebab kami baru je habis ‘camping’ di Gua K. Kami buat program untuk pelajar tingkatan satu dari sekolah kami dan SBP yang lain. Sambil asyik berfikir kakiku melangkah ke 4 ST 3. Tiba-tiba…

“ Assalamu’alaikum..,” Shah berdiri terpacak di hadapanku.
“ Wa’alaikumussalam..mak aih..terkejut saya!” Aku tersentak dan termelatah,malu aku.

Sambil membetulkan kain sampan ala-ala songketnya yang dipakainya, dia memandang tepat ke wajahku. Ermmm..hensem plak si Shah ni pakai baju melayu. Seperti sekolah SBP dan sesetengah sekolah yang lain pada hari Jumaat pelajar lelaki diwajibkan memakai baju melayu, bersampin dan bersongkok. Hatiku berdegup kencang, ishh naper pulak ni..berdebar-debar ni. Apa yang aku dok merepek dalam hati ni?????. Aku tarik nafas panjang-panjang dan…
“ Pasai apa panggil saya? Ada barang yang tak ‘settle’ lagi ka?” Aku terus menyosal.
“Ermm..actually nothing. But….,” terhenti di situ.
“ But what? Kalau pasal ‘apparatus’ yang kita pinjam dari ERT dah dipulangkan. Pasal sijil Yati dah bereskan. Setahu saya banyak dah settle..tapi kalau ada benda tak selesai lagi cakaplah. Saya tak boleh lama-lama ni!” Aku cuba kawal diri.
“ Wait Adrianna..please calm down. Let me talk first ok?’ Shah memandang tepat ke wajahku.

Aku dah gelabah. Bebudak laki lain semua keluar bagi ‘privacy’ pada kami. Hari ini hari terakhir persekolahan kerana esok sudah mula cuti penggal selama seminggu. Cikgu-cikgu tak masuk kelas, so bebudak ni buat hal sendiri lah jawabnya. Ada yang lepak kat kawasan sekolah dan ada yang balik ‘dorm’ tidoq. Budak-budak form 5 sibuk study manakala budak-budak form 4 asyik meraya..yer la orang cakap ‘honeymoon year’ la kononnnya…

“ I have something important to say..it is not about the camp itself but it is about you, about us..” suaranya mendatar namun begitu lembut dan sopan.
‘Us’..aku dah terkedu. About me..aku dah gelabah! Apa semua ni, apa yang Shah cuba nak sampaikan. Aku terus tunduk, tak berani nak memandang wajah Shah yang saling tak tumpah macam orang Cina, kalau orang tak Tanya nama sure orang akan ingat dia orang Cina.
“ It’s been a long time..what I want is..I need to know you closer,” Shah tunduk sambil menghela nafas yang panjang kerana apa yang hendak dikatakan sudah dizahirkan.
“ Ermm..it’s ok. Awak Cuma nak berkawan dengan saya saja kan? Takder masalah.” Pantas aku menjawab tanpa ragu-ragu.



to be continue....
-lady in green izdan81-

0 Comments:

Post a Comment

<< Home