Rabbi redhaMu kudambakan....

Monday, September 12, 2005

sambungan..... (Cinta..hadirmu dibatasi cita)

“ No..no..what I mean is I want you to be my special person in my life.” Wajahnya kelihatan sedih. Aku ni memang ‘blur’ skit.
“ Tapi Shah, I think ..I can’t. Kita jadi kawan jer ok?” Aku memandang wajahnya.
“Ok..promise!We’ll be a good friend!” Shah tersenyum lega dan matanya bersinar harapan.

Pergh macho nyerrr. Bukan senang nak tengok mamat ni senyum. Aku membalas senyumannya. Dia menghulurkan sepucuk surat.

“ Take this..hope you will enjoy reading it. Have a nice holiday and don’t forget me!” Shah berlalu sambil matanya sempat mengenyit nakal kepadaku. Aku tersentak dan muka aku dah mula ‘blushing’.
“ Ok, thanks!”


Aku terus membuka surat Shah, di dalamnya tertulis kata-kata yang menyentuh perasaanku sebagai seorang perempuan. Shah memang serius nak mengambil aku sebagai kekasihnya, namun aku masih belum bersedia untuk semua itu.Patutlah sepanjang ‘camping’ dia selalu memerhatikan aku, di mana saja aku berada dia akan perhati dari jauh. Setiap hari aku menerima notes misteri dari seorang peminat misteri. Ada satu ketika tu, anak buah Shah didenda sebab kalah dalam satu game so Shah denda budak tu pergi jumpa aku dan ckp ‘I love you’. Aku yang ketika itu sedang asyik main dengan anak-anak buah aku , tersentak dan ‘blushing’. Partner aku si Hakim terus tersenyum sambil melambai-lambai ke arah Shah. Aku apa lagi, jelling-jeling dan pandang-pandanglah dengan si Shah. Yang aku sakit hati…dia buat muka selamber jer. Tension aku. Banyak lagi perkara yang berlaku semasa program itu..rupa-rupanya ianya tidak terhenti di situ aje.

“ Woi!”
“ Opocot mak hang!” Termelatah pulak aku dibuatnya. Azlina terus duduk di sebelah aku sambil tersenyum-senyum mcam kerang busuk.
“ Hang ni lain kali bagi salamlah dulu boleh tak? Tak beradab langsung!” Geram aku.
“Ala..rileks lah sahabatku. Amacam tadi? Apa hal si hero Hong Kong tu nak jumpa hang yang cun ni?” Aku diam ajer. Azlina memandang wajahku dengan penuh mengharap.
“Cepatlah Yana…don’t wasting my time!” Azlina merengek macam kucing kelaparan kat dewan makan minta makanan.
“Shah tak cakap apa-apapun, dia just nak aku jadi kawan dia je,” jawab aku ringkas.
“ Takkan itu jer kot…sure dia nak lebih. Bukan apa, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, tak pun alang menggenggam bara api biar sampai menjadi arang. Takpun alang-alang mandi biarlah sampai basah. Tak pun alang-alang nak cari laki biarlah yang hensem. Hang terima tak? Aku kenai sangat perangai hang tu. Mesti hang tolak kan..kan..Aku tau lah hang ramai peminat tapi janganlah jual mahal sangat. Nanti takde orang nak kat hang baru padan muka hang.” Azlina dah ‘start’ membebel.
“ Apa itu cinta? Ada apa dengan cinta..mengapa aki harus bercinta dan apa bezanya kasih dan cinta? Siapa yang patut aku cintai? Hang ingat senang ka nak bercinta ni. Aku kenai gitu-gitu je dengan si Shah tu.”

Surat kusisipkan semula ke dalam sampul. Not bad his handwriting, better than mine. Shah..Shah…’klik’ dia memang power English, so speaking berabuk la. Anak Pengurus Syarikat ‘L’ yang terkenal di sebuah pulau nun di utara. Menurut cerita pakwe Azlina merangkap kawan baik Shah..si Shah ni tak pernah ‘approach’ mana-mana perempuan. Ini kira first time la dalam hidup dia. Shah dating dari sekolah semua laki dan dia memang ‘jakun’ dengan perempuan meskipun dia ni kira gangster sekolah yang digeruni. Ala apa orang kata..ketua kongsi gelap la, macam mafia. Peliknya…dalam ramai-ramai budak perempuan nape aku yang terpilih. Argghhh..malas nak piker sangatlah. Baik aku pi lunch then pack barang untuk dibawa balik ke rumah. Yahooo….

“Azlina..sat..sat..tunggu aku!!” Terjerit terlolong aku memanggil Azlina.
“Tu la dok layan blues sangat. Cepatlah!” Azlina terus berlari-lari anak tanpa menghiraukan aku yang masih terawang-awang.


“Yana, call for you.” Mama memandang ke arah aku yang tengah sibuk membelek-belek majalah remaja.
“Sapa mama?”
“Lelaki….mama tak kenal la saying.” Mama terus ke dapur menyambung kerja-kerjanya yang tergendala.

Alamak sapa ni,kalau Nazri,Nordin atau Basidh mama mesti cam suara. Sapa pulak ni.

“Assalamu’alaikum..kenai tak?”
“Wa’alaikumussalam..tak. Maaf …sapa yang bercakap ni?” Sapa pulak ni, suara ‘romantic’ gila.

“I’m Shah.”
“What????!! Macamana awak dapat nombor telepon rumah saya?” Tersirap darah aku.

to be continue again..hehe...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home